FATWA MAJLIS AGAMA ISLAM KEBANGSAAN TENTANG PERFUME BERALKOHOL

FATWA MAJLIS AGAMA ISLAM KEBANGSAAN TENTANG PERFUME BERALKOHOL
===================================
Sumber JAKIM:
Minyak wangi beralkohol HARUS digunakan dalam solat. Hal ini kerana alkohol yang terkandung di dalam wangian bukan dari sumber yang najis.

Sumber JAIS:
SAH, tetapi perlu dipastikan dahulu minyak wangi itu tidak diperbuat daripada najis atau benda yang haram.

Sumber JAKIM:
Alkohol merupakan satu cecair yang dijadikan sebagai campuran bahan dalam minyak wangi dan minuman keras ataupun ubat-ubatan. Alkohol adalah tidak najis dan boleh digunakan di dalam solat jika kandungan alkohol tersebut dalam kadar yang sedikit dan tidak boleh dipisahkan dengan bahan asli. Alkohol yang diperoses bagi menghasil arak adalah najis dan haram.

Hukum Perfume Beralkohol Mengikut Mazhab sila rujuk disini:
www.zaharuddin.net

Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti seperti terkandung di dalam alat solek dan wangi-wangian.
Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan kimia iaitu etanol atau etil alkohol, metanol, dan lain-lain lagi. Dalam minuman keras, etanol merupakan bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak dicampurkan.

Alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah HARUS.

Alkohol yang terjadi dalam proses pembuatan makanan adalah tidak najis dan HALAL dimakan.

Antara Industri makanan yg terdapat beberapa % alkohol adalah pewarna makanan.

Ubat-ubatan yang kita guna juga mengandungi alkohol. Ia berfungsi sebagai pelarut & HARUS digunakan

Cth: pembersih luka, ubat sakit tekak, ubat batuk dll.
Alkohol memiliki sifat dingin dan bertindak sebagai satu molekul pemecah aroma sangat diperlukan sebagai campuran perfume.
**********

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis “Denatured alcohol” yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol .

Alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol’ iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak), malah ia tidak lagi digelar arak,

Sumber:
Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.
Kitab “AL-FIQH AL-MUZAHIBIL ARBAAH”
Bab “An-najasat juzu 1″

Author: tim MRSOL

assalamualaikum semua | saya adalah admin MRSOL | dibawah kumpulan MRSOL Holdings SDN BHD | untuk bersama secawan teh tarik sesiapa sahaja dipelawa untuk respon di talian HOTLINE kami +601138459769 |

InshaALLAH kini kami sedang giat mencari dan membina pasukan berjemaah untuk memperdagangkan Pati Gaharu ASLI | Wangian Gaharu Diproses Sendiri | dan Bukhoor ASLI 100% Kayu Gaharu dibawah jenama MRSOL (Secret Of Love) | boleh terus daftar disini bagi berhajat

daftar menjadi AGEN disini |
daftar menjadi DROPSHIPPER disini |
tempah ONLINE promosi Wangian Gaharu MRSOL disini


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *