1) Ladang Gaharu MRSOL Manjung Perak
2) Ladang Gaharu MRSOL Gua Musang
3) Ladang Gaharu MRSOL Kuala Terengganu
1) Ladang Gaharu MRSOL Manjung Perak
Ladang Gaharu kami di Manjung / Setiawan Perak mempunyai keluasan hampir 12,000 pokok yang terletak di Setiawan Perak
Nama sebenar Gaharu adalah pokok Karas. Pokok karas berasal daripada famili Thymelaceae dan genus Aquilaria. Mengikut sumber maklumat Malaysian Industry Timber Board (MITB) terdapat 5-spesis utama di malaysia dan 22-spesis utama di dunia. Antara ciri utama daunnya adalah berkilat dan sukar dikoyakkan

Menurut sumber wikipedia, Gaharu adalah kayu berwarna kehitaman dan mengandung resin khas yang dihasilkan oleh sejumlah spesies pohon dari marga/genus Aquilaria, terutama A. malaccensis. Resin ini digunakan dalam industri wangi-wangian (parfum dan setanggi) karena berbau harum. Gaharu sejak awal era modern (2000 tahun yang lalu) telah menjadi komoditi perdagangan dari Kepulauan Nusantara ke India, Persia, Jazirah Arab, serta Afrika Timur
Kayu Gaharu pula terhasil apabila pokok Karas mengalami stress (tekanan) yang akan berubah warna daripada kayu berwarna putih kepada warna lain (semakin gelap semakin mahal)



Kami nyatakan juga disini asal usul spesis Gaharu yang ada menurut sumber wikipedia
1) Aquilaria apiculina, asal Filipina
2) Aquilaria baillonii, asal Thailand dan Kamboja
3) Aquilaria baneonsis, asal Vietnam
4) Aquilaria beccarain, asal Indonesia
5) Aquilaria brachyantha, asal Malaysia
6) Aquilaria crassna asal Malaysia, Thailand, dan Kamboja
7) Aquilaria cumingiana, asal Indonesia dan Malaysia
8) Aquilaria filaria, asal Tiongkok
9) Aquilaria grandiflora, asal Tiongkok
10) Aquilaria hilata, asal Indonesia dan Malaysia
11) Aquilaria khasiana, asal India
12) Aquilaria malaccensis, asal Malaysia, Thailand, dan India
13) Aquilaria microcarpa, asal Indonesia, Malaysia
14) Aquilaria rostrata, asal Malaysia
15) Aquilaria sinensis, asal Tiongkok
16) Aquilaria subintegra, asal Thailand

Kursus Gaharu dan Melawat Ladang Gaharu
acapkali sebenarnya hampir setiap bulan atau 3-bulan sekali kami mengadakan kursus untuk elmu Gaharu. Alang-alang dah berkursus, maka kebiasaan kita akan buat lawatan ke Ladang Gaharu juga
Di Ladang Gaharu kami belajar banyak perkara secara hands-on. Malah kekadang, MRSOL sendiri suka memberi apa beliau fikirkan sesuai kepada individu-individu yang bertuah..
Cuba lihat gambar aktiviti dibawah? Seronok kan? InshaALLAH amat berbaloi-baloi sebenarnya apabila kita hadir kursus anjuran MRSOL. Malah lebih cantik lagi jika daftar menjadi sebahagian daripada keluarga besar MRSOL

Selain itu ketika lawatan sambil belajar ke Ladang Gaharu MRSOL di Setiawan, kita juga berpeluang melihat secara langsung aktiviti pekerja-pekerja MRSOL disini antara lain seperti menebang pokok Gaharu, aktiviti inokulasi atau mencederakan pokok dan pelbagai lagi
Dan yang paling seronok sekali kami nak bagitau sebenarnya adalah……jeng..jeng..jeng..
pastikan jika ada seminar Gaharu yang kami buat, bersedia untuk bawa-lah beg plastik sebanyak mungkin..hehe (ampun boss, minta ampun siap-siap sebab pecah rahsia). sebabnya disini kita berpeluang bawa balik daun Gaharu untuk kegunaan masing-masing!
Cer..Cer..tengok bagaimana senyum melebar Pengurus OUTLET MRSOL Sri Damansara dalam gambar dibawah ini. Siap jeling keriangan lagi bila dapat bawa balik setandan daun Gaharu!

Hah! cuba lihat pula gelagat Regional Manager Puan Zainun Seman. Nampak tak? Betapa beliau ambil peluang bawa seberapa banyak buah Gaharu yang ada sampai tak menang tangan!

Aktiviti Inokulasi Gaharu MRSOL
Inokulasi merupakan proses yang sangat penting dalam menghasilkan gaharu. Setiap pokok sebenarnya mempunyai resinnya yang tersendiri. Daripada resin ini-lah ia mengeluarkan haruman tertentu.
Justeru untuk resin Gaharu, sebenarnya ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinga memakan masa antara 20-tahun hingga 40-tahun untuk ia mengalami proses inokulasi lengkap secara semulajadi
Bagi mencepatkan hasil resin gaharu ini, atas penyelidikan yang dilakukan, kita sendiri sebenarnya boleh mendapatkan resin kayu Gaharu melalui manual inokulasi formulasi sendiri di mana ada yang mengambil masa 6-bulan hingga setahun sahaja sudah boleh menghasilkan resin Gaharu itu
Berikut adalah antara vaksin yang biasa diinokulasikan seperti jenis Fusarium sp., Phialopora parasitica, Torula sp., Aspergillus sp., Penicillium sp., Cladosporium sp., Epicoccum granulatum, Clymndrocladium sp., Sphaeropsis sp., Botryodiplodia theobromae, Trichoderma sp, Phomopsis sp., Chunninghamella echinulata.
Seronok sebenarnya apabila kami diberi peluang menebuk atau mencederakan pokok Gaharu itu sendiri di Ladang gaharu MRSOL ini


Lihat-lah video kami dibawah betapa gigihnya kami beramai-ramai terpaksa mendaki bukit kecil untuk ke Ladang Kayu Gaharu MRSOL. Apa pun sebenarnya ianya amat-amat berbaloi dan sungguh puas selama kami berada di Ladang Kayu Gaharu MRSOL ini
Hokey! dah selesai kita happy-happy lah pulop!
1) Ladang Gaharu MRSOL Gua Musang
Ladang Gaharu kami seterusnya adalah di Gua Musang jalan menghala ke Dabong, Kelantan












