Pati Minyak Asli Gaharu Original MRSOL Branded

Pokok karas adalah panggilan umum di Malaysia. Ditempat lain ia juga dikenali dengan nama depu atau engkaras. Pokok karas berasal daripada family Thymelaeceae dan Genus Aquilaria.

Terdapat 22-spesis Aquilaria seluruh dunia seperti di negara Bangladesh, Bhutan, India, Malaysia, Myanmar, Filipina dan Thailand. Di Malaysia hanya terdapat 5-spesis Aquilaria seperti Aquilaria Mallacensis, Aquilaria Hirta, Aquilaria Beccariana, Aquilaria Rostrata dan Aquilaria Microcarpa. Kayu Gaharu terhasil apabila pokok Karas mengalami tekanan (stress) dan mula berubah warna daripada putih kepada warna semakin gelap. Hanya pokok Karas ini yang boleh menghasilkan resin wangi bau harum semulajadi yang juga dikenali sebagai Kayu Gaharu

Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm. Pokok gaharu di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok. Daripada resin ini ianya diproses dan dimasak selama 5-hari 4-malam tanpa henti bagi menghasilkan Minyak Gaharu.

Menurut sumber Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melalui garis panduan perlesenan Kayu gaharu, perhatian dunia ke atas pemeliharaan dan status perdagangan spesis Aquilaria spp mula diberi tumpuan setelah ianya dimasukkan ke dalam Apendix II Convention on International Trade in Endangered Species Of Wild Flora and Fauna (CITIES) pada 16 Februari 1995.

Pati Minyak Asli Gaharu

Kini kami telah jadikan jenama MRSOL ini sebagai antara jenama ASLI yang giat memasarkan Pati Gaharu ASLI MRSOL, Wangian ASLI Gaharu MRSOL, Bukhoor ASLI 100% Kayu Gaharu MRSOL selain daripada produk kosmetik, makanan dan minuman berasaskan Gaharu

 

Author: tim MRSOL

assalamualaikum semua | saya adalah admin MRSOL | dibawah kumpulan MRSOL Holdings SDN BHD | untuk bersama secawan teh tarik sesiapa sahaja dipelawa untuk respon di talian HOTLINE kami +601138459769 |InshaALLAH kini kami sedang giat mencari dan membina pasukan berjemaah untuk memperdagangkan Pati Gaharu ASLI | Wangian Gaharu Diproses Sendiri | dan Bukhoor ASLI 100% Kayu Gaharu dibawah jenama MRSOL (Secret Of Love) | boleh terus daftar disini bagi berhajatdaftar menjadi AGEN disini |daftar menjadi DROPSHIPPER disini |tempah ONLINE promosi Wangian Gaharu MRSOL disini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *