PERLADANGAN GAHARU

CATATAN TUAN ARIFIN EMBONG
PERLADANGAN GAHARU

Ramai orang Melayu kita menanam anak pokok gaharu berekar-ekar di sana sini. Tanam beratus pokok tak sampai 1 ekar lagilah ramai

THE CEO MRSOL

Bila pokok gaharu sudah besar mencapai usia 7 tahun hingga 15 tahun, mereka tidak dapat menjual hasil akhir produk gaharu malah pokok gaharu terbiar tiada siapa yang beli.

Mereka merasakan industri gaharu ini menipu. Profesor dan Profesor Madya yang berceramah di Seminar Gaharu Kebangsaan, hanya tahu buat penyelidikan, bentang paper research nilainya berjuta tetapi realiti di alam nyata rugi, pokok gaharu tidak terjual, petani gaharu habis wang di hujung usia, mahu jadi jutawan akhirnya tidak ketahuan. Wang simpanan diusia tua habis dek keinginan dan kepercayaan yang tinggi menanam pokok gaharu boleh menjadi jutawan ringgit Malaysia selepas 7 tahun.

Di Universiti Sains Malaysia dulu ada seorang Profesor Botani di Fakulti Sains Kajihayat. Sekarang sudah pencen. Dr Baharuddin Salleh.

Dr ini banyak membantu tok melalui kepakaran ilmu botaninya, penyelidikannya malah turut melaburkan wangnya sendiri pada tok RM100,000 untuk tok meneruskan usaha gaharu.

Tok menang pelbagai Anugerah di peringkat Antarabangsa Asia Pasific Innovation Award 2012, Gold Medalist International Quality Summit New York USA 2014 kerana bimbingan ilmu Akademik, Research, Paper hasil penyelidikan Profesor ini, malah paper Cash Flow project gaharu dan Crops minimum selama 10 tahun Profesor ini beri by hand pada tok ketika selesai Seminar bersama Timbalan Pengarah Pertanian Putrajaya 2013 dahulu sekembali dari World Trade Centre Dubai UAE.

Bersama Tim MRSOL diberkati pula kerjasama strategik dengan GISBH, Tok menjangka perolehan pasti MRSOL 2025 dari hasil jualan Bukhoor dan Pati Wangian Gaharu RM25 juta 2025 dengan keuntungan bersih RM11.96 juta selepas pembayaran komisen, hutang, zakat dan Cukai LHDN.

(Mungkin ini sebabnya tok masih hidup, Allah selamatkan tok dari ambang kematian akibat serangan Covid-19 dan berkat sedekah tersembunyi dan dizahirkan selama ini).

Berbalik perihal petani gaharu yang kerugian, kecewa, habis wang kerana menanam pokok gaharu.

USAH KECEWA, Sabar dan Redha, biarkan pokok gaharu membesar di tanah kalian, usah ditebang diganti dengan kelapa sawit.

Suatu hari nanti kalian berpeluang berjumpa mantan Profesor Dr Baharuddin Salleh ini atau anak muridnya yang berjaya dan di peringkat dunia membuktikan industri gaharu bila tiada salah guna kuasa, rasuah dari orang politik, penjawat tinggi awam berkaitan gaharu, penyelewangan Dana Penyelidikan Gaharu.

InshaAllah pasti tiba waktunya industri gaharu memberi pulangan impact yang lebih besar pada petani, usahawan dan perolehan hasil pertanian komoditi negara lebih dari kelapa sawit dan getah malah industri buloh sekalipun tidak dapat mencabar industri gaharu.

#

Perkara paling penting kita hapuskan ahli politik dan penjawat Awam salah guna kuasa dan penjawat Tinggi Awam yang suka klepek duit kerajaan dan menerima rasuah.

Ianya dimulai dengan kita dahulu menjadi petani gaharu dan usahawan gaharu yang menjauhi riba dan rasuah.

Kembali pada Allah dan Rasulullah SAW dengan sebenar beramal, bertani dan berniaga gaharu untuk mendapat rezeki yang halal dan barokah. Sedikit dulu jualan hasil gaharu puluhan ringgit, ratus ringgit, ribuan ringgit tidak apa asal ianya barokah.

Berkat barokah itulah ianya menjadi Jutaan ringgit malah boleh capai Billions USD di peringkat dunia.

Nanti tok menulis lagi. Dengar khabar pasti tok menerima Anugerah Usahawan Cemerlang di Ibu Kota 17 November 2021.

Pegawai MTIB dah hubungi tok untuk Persediaan Awal Ekspo Gaharu di Dubai UAE Januari 2022, Kementerian Industri Asas Tani minta paper projek Gaharu Tok untuk budget Operasi dan mengurus 2022 -2025.

Ianya perkembangan yang baik sejak YAB DSIS menjadi Perdana Menteri.

InshaAllah tim tok akan buat yang terbaik. Dengarnya pimpinan tertinggi IKHWAN telah bergerak ke DUBAI UAE sebelum ke Uzbezkistan dalam misi perdagangan Usahawan Beriman menjauhi riba dan Rasuah.

CEO GISBH Dato’ Lokhman telah dilantik orang penting dalam Dewan Perniagaan ASEAN.

SEMUANYA ATURAN ALLAH. Nikmat Anugerah Allah yang terindah.

BERSAMBUNG

Author: tim MRSOL

MRSOL ORIGINAL BRANDED | Bukhoor Asli 100% Kayu Ladang Gaharu | Wangian Gaharu Syurga ASLI | Secret Of Love | BELI untuk JIMAT | KONGSI untuk UNTUNG | (https://bit.ly/daftar-PKMRSOL) | (https://bit.ly/daftar-agenMRSOL)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *